Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan

Rabu, 28 Januari 2009

...cerita akhir zaman...

Ni saya dapat dr emel saya yg dihantar oleh seorang rakan.... Marilah kite same2 kongsikan....
Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi SAW... Namun kerana keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam...
c/m: Agamaku hanya 1... Insyallah...

...pengorbanan sesama insan...

Sekarang ni, kat negara kite tengah kecoh dengan isu nak boikot barangan Israel... Pada saya mulenya saya x amik peduli sangat... Tapi tibe2 saya teringat perbualan saya dengan kenalan lama saya... Masa tu kitorang tengah lepak2 dekat anjung rumah dia lepas solat Zuhur. Tibe2 dia tanya kat saya 1 soalan. Ayat dia lebih kurang mcm ni... " Ape dia yang Is dah buat untuk tolong sedara2 kite kat Palestin sana?"... Masa tu saya agak tergaman skit la... Xsangka plak saya akan dihidangkan dengan soalan seberat ni waktu2 mcm ni....Entahla saya pun xtau sangat... Saya amik tau cite pasal Palestin ni pun sebab saya penah kene present tajuk ni masa diploma dulu... So macamana nak jawab soalan mamat sorang ni???
Bile dia tengok saya terdiam, dia pun sambung cite dia. Dia kata dia penah join 1 kuliah agama kat U tempat dia blaja. Then Ustaz dia bagi soalan yang sama macam dia tanya saya... Ape yang saya ingat ustaz dia ade pesan, setiap yang berlaku di Palestin sana kite ade bahagiannya kalo kite duk berdiam diri je... Kite mesti bantu ape yang terdaya sedaya yang mungkin....
So bile kecoh2 nak boikot barangan Israel ni saya pun rase nak join la gak... Lagipun x la rasa berat sangat coz xbanyak sangat pun barangan diorang yg saya pakai... Yela... Saya ni patriotik tau!!! Saya sambuatan seruan kerajaan untuk menyokong barangan buatan Malaysia..Hahahah....Ye la sangat... Sebenarnya mana la mampu nak belui barangan luar yang mahal2 dengan gaji yang x seberapa ni kan....
Tapi tu la.... Yang paling susah... Saya ni fanatik M... :) Macam nama panggilan saya yang start dengan huruf M, makanan kegemaran saya plak mestila Mc Donalds... Hahahaha ni yang payah nak di boikot ni... Tapi bile fikir2 balik.... Saya cume perlu boikot 1 restaurant je dan saya ade pilihan banyak lagi restaurant sedangkan orang2 kat Palestin sana xde pilihan dan mungkin xde makanan langsung... Bersyukur la dengan ape yang ade... Lagipun sekurang2 nya dapat la saya menguruskan badan dan menggemukkan beg duit saya:) hehehe.....
Selama ni saya rasa hidup saya serba kekurangan... Tapi sebenarnya saya sangat bertuah... Walaupun mungkin x sebertuah orang lain tapi dari 1 segi saya lebih bertuah dari insan yang lain... Allah kurniakan saya 4 benda yang tiada galang gantinya. Islam sebagai agama, lahir di negara yang aman permai, keluarga yang bahagia dan kawan2 yang setia... Dan baru2 ni 1 lagi nikmat terbaru yang saya terima, peluang pekerjaan yang menjamin masa depan dan mulia disisi agama. Terima kasih ya Allah!!! Syukran.....
Kasihanilah saudara2 kite dia Palestin... Bersama2 lah kita memboikot barangan israel.
c/m: Mengharapkan ganjaran di sana kelak......